kolej matrikulasi melaka

i'm back! sorry lah tak update blog sekian lama. busy dengan life matrik hahahaha. Alhamdulillah lepas SPM, dapat tawaran matrik Melaka dengan UiTM Perak. pilih matrik sebab nasihat ibu bapa.

life kat matrik ni best. beza matrik dgn form 6 hanyalah tempat belajar; sekolah. waktu belajar kat matrik ni boleh kata padat jugak lah. class/kuliah start 8 pagi hingga 5 petang, pukul 1 sampai 2 tgh hari ada gap untuk rehat. tapi takde lah full 8-5 tu. ikut jadual juga. kalau pagi tu ada gap, takde kelas, boleh la breakfast dulu kat cafe or study kat library.

so, matrikulasi melaka (kmm) ni macam mana? well, you can call it A Famosa Londang. struktur bangunan dia memang takkan kena dengan citarasa generasi muda yang hipster or raver ni since dia matrik terawal kat Malaysia. tapi bersyukurlah, nak survive lebih kurang 10 bulan je kat sini kalau pst. datang pun nak belajar kan, bukannya bercuti. tetapkan niat siap-siap.

aku malas nak terang panjang lebar pasal matrik ni sbb blogger lain cerita pun lebih kurang sama je semua. terang secara ringkas jelah ye. matrik ada 3 aliran; sains, akaun, teknikal. untuk sains terbahagi kepada 3 modul, yang tu boleh check sendiri kat website kpm untuk matrik or sini or sini . jangka masa untuk habiskan program matrik ni pulak, untuk akaun dan teknikal rasanya sama je, lebih kurang setahun. tapi untuk sains berbeza sikit sebab dia ada pst dan pdt. pst ni untuk satu tahun punya program, pdt untuk dua tahun. student pdt belajar sama je dengan apa yang student pst belajar cuma dia lebih relax. elaun matrik dapat RM 250 setiap bulan tapi kena bawa banyak-banyak bersabar tunggu elaun masuk ye.

kemudahan yg ada kat kmm; dk (dewan kuliah) ada 6, blok tutoran (bt) ada 2, surau, cafeteria ada 3 ikut kluster kediaman, astaka (padang, gelanggang tennis, gelanggang bola tampar, gelanggang basketball) , kolej kediaman ada 3 kluster A dan B untuk perempuan meanwhile C untuk lelaki, koperasi ada 2, kedai fotostat, cc, bakery anddddd mesin atm kat pondok guard. kalau ada masalah pape, biasanya refer hep (hal ehwal pelajar). btw, kat kedai fotostat ada jual tiket bas untuk balik bermalam or outing. better beli awal-awal sebab tiket memang laku keras, cepat habis.

rasanya blok kediaman paling best adalah blok B1 sebab ada vending machine. penyelamat kalau malas nak turun cafe beli makanan malam-malam hahahahaahaha. cafe A aku tak berapa gemar sgt nak pergi sbb banyak masalah kebersihan and harga makanan boleh tahan mahal. student ramai makan kat cafe B sebab murah, jimat duit belanja. chicken chop cafe B pun best. macam-macam ada kat cafe B ni. cafe C pula dekat dengan surau and bestnya sebab lauk sedap, ada coconut shake bila petang. masalah kat kmm ni, kadang tu blackout and takda air tapi jarang sangat berlaku. biasalah, dugaan hidup. takkan asyik nak rasa senang je kan, sekali sekala kena rasa susah dulu untuk hargai waktu senang. ceh.

lecturer kat kmm ni kau jangan risau, semuanya baik gila. ada jugak yang garang macam singa tapi luaran je tu. ada jugak yang rajin sediakan makanan kat unit. rajin-rajinkan lah diri tu naik unit, study dgn lecturer kuliah or tutor after habis class. bertambah sayang dan berkat lah nanti huhuhuhu.

pulang bermalam ni pihak hep yang tentukan. tapi kalau nak balik waktu bukan pulang bermalam pun boleh juga. buat surat untuk mohon pulang bermalam then settlekan dengan hep. kat matrik ni semua kena settle sendiri oi. masa ni lah kau kena belajar jadi dewasa sikit. tak boleh dah bergantung kat parents je sampai semua parents kena settlekan. kalau sakit, gerak ke klinik pun tanpa parents oi. pergi hep, then hep bawa pi klinik. nanti ada taklimat pasal ni, so pay attention ye.

outing boleh dari 7 pg sampai 7 petang. kalau setakat keluar nak beli barang keperluan, boleh pergi pekan Masjid Tanah. RM 10 sehala by teksi. nak jimat, better naik Uber. kalau petang ahad, ada pasar kat pekan. quiet interesting pasar dia, makanan pun best. kmm ni jugak dekat dengan Pantai Pengkalan Balak. RM 3-4 by Uber, kalau teksi lebih kurang RM 10- 12. jauh beza kan? boleh juga pergi Bandaraya Melaka, shopping or dating or wayang or jalan-jalan release tension kat Mahkota Parade, A Famosa, Menara Taming Sari, Jonker Walk and banyak lagi. RM 15 pergi dan balik by bas yang disediakan. kalau teksi or uber, aku tak tahu.

study week biasanya banyak open lecturer je. nak keluar dari bilik ke pergi unit ke tidur je ke or whatever kau nak buat, buat lah nak. kena pandai agihkan masa sendiri. exam masa hujung sem je tapi ada pb (penilaian berterusan) which is lecturer tutor kau akan combinekan markah kuiz, assignment and so on yang mewakili 30% daripada markah final. yang tu nanti lecturer kau akan tolong terangkan kalau kau tak faham masa baca dalam manual panduan.

tu je kut rasanya nak cerita pasal kmm ni. pesanan aku, kau kena pandai pilih kawan. jangan rapat dengan sesiapa sebab bila orang yang kau rapat tu jauh dr kau, kau terkapai-kapai tak tahu nak buat apa. nanti down pastu effect study and so on. jangan ikut sangat perangai orang sekeliling. jadi diri sendiri je. ingat mak ayah, ingat harapan dorang. room mate tak semestinya akan jadi best friend kau kat matrik ni. cepat sangat masa berlalu masa program matrik ni, daripada kau sakit kepala fikir perangai room mate, classmate and so on better fokus je study. jaga hubungan dengan Allah, ibu bapa and leturer lagi penting daripada kau cuba puaskan hati kawan. bijak urus masa and belanja.  goodluck!

gelanggang tennis kat astaka.

view daripada kluster A, nampak laut.

view kat kluster A.

bangunan serbaguna A. B kat sebelah.

view kat pantai pengkalan balak.

view kat pantai pengkalan balak.














Comments

  1. Kalau saya masuk matrik boleh x saya nak sambung degree dalam bidang fisioterapi and beraper pointer saya mesti dapat .....biasa nya lepas dapat diplo nak sambung degree die hantar kat u swasta or kerajaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf lambat ya, saya jarang sangat tengok blog. untuk sambung degree dlm bidang fisioterapi after matrik boleh je, dengan syarat pointer mesti atas 2.00. awak boleh refer (1) http://gadisini-najiha.blogspot.com/2018/04/fisioterapi-uitm.html , (2) https://www.hotcourses.co.id/study/training-degrees/malaysia/physiotherapy-courses/loc/114/cgory/h17-3/sin/ct/programs.html untuk info lebih lanjut. nak sambung degree kat uni swasta or kerajaan tu depends kepada awak sendiri, awak yang pilih. kalau awak under scholarship, then kena follow syarat scholarship awak, kena study kat ipta/ipts.

      Delete
  2. Casinos Near Me - Mapyro
    The best casinos near 충청남도 출장마사지 me · L'Auberge Casino Resort 포천 출장안마 and 남양주 출장샵 Casino Atlantic City. · Ocean Casino Resort Atlantic City offers 구미 출장마사지 some 서울특별 출장안마 of the best

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts