Dip. Pengurusan Hartanah UiTM
Kod UPU E2320
Fakulti Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Tempoh Pengajian 6 Semester
Syarat Am Lulus SPM dengan mendapat 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah
Syarat Khas Lepasan SPM Min Kepujian - Matematik / Matematik Tambahan
Dalam bahasa inggeris disebut Estate Management. Jangan salah faham pulak ingat Estate Management tu pengurusan estet atau ladang. Kalau pengurusan ladang dipanggil Plantation Management. UiTM memang sebut Estate Management. Tapi di UTM, pengurusan hartanah dipanggil Property Management. Kadang-kadang sebut Real Estate Management.
Tapi apa itu hartanah atau harta tanah ini? Senang cerita ia adalah harta berupa tanah yang meliputi segala apa yang ada atas tanah, bawah tanah, yang melekat atas tanah, yang melekat kat benda yang melekat atas tanah serta tanah yang diliputi air. Contoh: tanah, bangunan, yang melekat secara kekal kat bangunan, tasik, sungai, tumbuh-tumbuhan, bahan galian, lombong, kuari, ruang udara dll.
Subjek
Antara subject yg core ialah subject valuation, law, economy, building, account, property management, marketing and estate agency etc
1) Valuation / Penilaian
Ini merupakan subjek utama course ini. Wajib lulus tau subjek ni. Dalam subjek ni banyak guna matematik. Sebab tu syarat minimum untuk masuk kursus ni kena credit matematik iaitu sekurang-kurangnya gred C. Takde la matematik yang susah macam add math atau calculus tu. Ada la sifir penilaian yang kena hafal dan kena tahu nak implement masa bila. Interesting sebenarnya subjek ni. Student akan belajar macam mana nak tentukan nilai pasaran harta tanah. Kalau nak nilai tanah kosong guna kaedah apa, nak menilai stesen minyak guna kaedah apa, nak nilai hotel guna kaedah apa, nak nilai shopping complex guna kaedah apa dll.
Konsep penting subjek ini ialah penilaian art and science. Ada elemen sains dan seni. Sains merujuk kepada formula dan pengiraan yang digunakan, manakala seni itu merujuk kepada pendapat dan pandangan yang diadun bersama bukti-bukti data yang ada.
2) Law / Undang-undang
Antara subjek penting dalam course ni. Belajar undang-undang terutama yang berkaitan dengan harta tanah. First semester biasanya diajar asas perundangan, undang-undang kontrak, agensi dan tort. Kemudian disusuli setiap semester dengan undang-undang yang lain.
Kenapa kena belajar undang-undang? Sangat penting sebab harta tanah banyak kaitannya dengan undang-undang. Banyak undang-undang yang mengawal harta tanah ni. Penting untuk kita tahu undang-undang supaya tindakan yang kita buat tidak menyalahi undang-undang dan sebagai panduan untuk kita membuat keputusan mengikut peruntukan yang ada. Boleh juga merasa naik mahkamah, jadi saksi pakar, buat written reply untuk mempertahankan nilaian bila jadi pegawai penilaian kerajaan atau penilai berdaftar di firma penilaian swasta.
3) Economy / Ekonomi
Ini pun subjek penting jugak. Macam-macam ekonomi kena belajar. Ekonomi Mikro, Ekonomi Makro, Ekonomi Tanah, Ekonomi Perbandaran dll. Nilai harta tanah juga sangat dipengaruhi oleh ekonomi.
4) Building / Bangunan
Subjek ni pun penting jugak. Student akan belajar semua elemen yang menjadikan bangunan tu. Ada part yang kena melukis struktur bangunan termasuk asas, dinding, bumbung, pintu, tingkap dan sebagainya. Selain itu, student akan diajar juga tentang building services iaitu perkhidmatan-perkhidmatan bangunan seperti sistem bekalan air, bekalan elektrik, sanitari, perkhidmatan lif, sistem pencegahan kebakaran dll. Building maintenance / penyelenggaraan bangunan juga turut diajar. Penting untuk kita tahu kerana penyelenggaraan bangunan yang betul akan mengekalkan nilai harta tanah.
5) Account / Prinsip akaun
Penting untuk tahu sebab lulusan pengurusan hartanah ni boleh jadi pengurus harta.
6) Lain lain
Subjek-subjek lain ialah marketing, perejenan harta tanah, keusahawanan, bahasa inggeris, pendidikan islam, komputer dalam pengurusan harta tanah, perancangan bandar, statistik, ukur tanah, dan beberapa lagi subjek yang mungkin tak disenaraikan.
Kerjaya
Berikut adalah beberapa pekerjaan yang boleh diceburi
1) Penilai
Penilai yang dimaksudkan adalah Penilai harta tanah. Jika sektor kerajaan, dengan diploma ini, layak menjawat jawatan Penolong Pegawai Penilaian W27 dengan gaji pokok permulaan RM1,742.28 dan kenaikan tahunan RM145. Jawatan ini paling banyak ditawarkan di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan Malaysia. Jika dengan JPPH, jawatan ini adalah jawatan persekutuan dan kalian boleh merasa bertugas di serata Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Selain itu, ada juga jawatan ini ditawarkan di majlis-majlis daerah/ perbandaran/ bandaraya. Masih menggunakan nama jawatan dan skim gaji yang sama tetapi perjawatan ini adalah perjawatan kerajaan tempatan yang mana kebarangkalian untuk berpindah ke tempat lain hampir tiada dan kemungkinan besar kekal di situ sehingga pencen.
Tugas utama seorang penilai ialah menilai harta tanah. Dalam kata lain, menentukan nilai pasaran harta tanah. Sebelum sesuatu nilai itu ditentukan/ dianggarkan, bukti-bukti jual beli perlu dianalisis, data-data berkaitan perlu diambil dan disemak, lawat periksa tapak perlu dilakukan, mengukur bangunan jika ada bangunan yang terlibat dan lain-lain tugas yang berkaitan.
So, kerja seorang penilai bukan sentiasa di pejabat. Ada masanya mereka perlu keluar pejabat untuk melakukan lawat periksa harta tanah yang hendak dinilai. Jika ada bangunan yang terlibat, bangunan perlu diukur untuk mengetahui keluasan bangunan jika tiada pelan bangunan dikemukakan. Siapa yang suka environment kerja yang tidak memerap sepenuhnya di pejabat, bidang ini sangat sesuai untuk anda. Tapi bagi mereka yang sangat menjaga kecantikan kulit sehingga tak sanggup terdedah kepada matahari.. mungkin anda perlu pertimbangkan dulu untuk memohon kursus ini.
Tak banyak beza dari segi kerja sama ada anda penilai kerajaan atau penilai swasta. Prinsip penilaian tetap sama. Kerja-kerja penilaian juga sama.
2) Pengurus Harta
Bidang tugas utama tentunya menguruskan harta tanah. Biasanya syarikat besar, shopping complex, perumahan strata dan kompleks pejabat memerlukan khidmat pengurus harta. Antara tugas seorang pengurus harta ialah menguruskan penyewaan bangunan, penyenggaraan bangunan, menguruskan kontrak-kontrak yang berkaitan dengan perkhidmatan yang terdapat dalam bangunan, memastikan insuran yang mencukupi bagi bangunan, iklan/ promosi/ publisiti terhadap harta serta penyediaan laporan yang dikehendaki.
Rasanya tiada dalam jawatan kerajaan pengurus harta ni. Kalau di JPPH, penilai juga yang menjalankan kerja-kerja pengurusan harta tetapi hanya segelintir yang ditugaskan kerana core business JPPH ialah perkhidmatan penilaian. Begitu juga penilai di majlis, mereka juga turut menggunakan penilai untuk menguruskan harta.
3) Ejen harta tanah
Tugas utama seorang ejen harta tanah ialah menjadi ejen untuk jual beli harta tanah termasuk juga sewaan harta tanah. Tugas anda ialah mencari pembeli jika client anda hendak menjual hartanahnya. Begitu juga sebaliknya, jika klien anda ingin membeli, tugas anda ialah mencari penjual harta tanah yang diinginkan. Begitu juga untuk sewaan harta tanah.
Walaubagaimanapun, hanya ejen hartanah yang berdaftar sahaja yang layak menerima fee. Tetapi dibenarkan jika pekerja syarikat perejenan harta tanah yang menjalankan tugas untuk ejen harta tanah berdaftar tu. Fee yang dikenakan ialah 2.5% hingga 3% daripada nilai harta tanah yang berjaya dijual beli. Manakala fee untuk sewaan depends on panjang tempoh sewaan. Kalau sehingga 3 tahun, fee dikenakan 1.25 bulan dari sewa kasar. Lagi panjang tempoh, lagi tinggi fee dia tau. Fee minimum pulak sebulan sewa.
Macam mana nak jadi ejen harta tanah berdaftar? Dengan diploma pengurusan hartanah ni, dah lepas 1 step. Then, kena lalui Ujian kecekapan (Test of Professional Competence) dan temuduga yang dilaksanakan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen harta tanah.
4) Penolong Pegawai Tadbir N27
Dengan diploma ini juga, anda layak untuk menjawat jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27 di sektor kerajaan. Lari bidang sikit sebab memang tak jumpa kerja-kerja menilai harta tanah di sini. Kerja macam mana? Tugas utama lebih kepada pentadbiran pejabat. Menguruskan cuti, gaji, kenaikan pangkat, tata tertib, pengesahan jawatan, kewangan dan sebagainya. Kerja ni most of the time memang kena duduk dalam pejabat la. Tak perlu keluar untuk membuat lawat periksa harta tanah. Sesuai la untuk cik kak yang sangat menjaga kecantikan kulit.
Jawatan ini adalah jawatan gunasama tau. Maksudnya boleh bertukar di mana-mana jabatan kerajaan yang ada jawatan Penolong Pegawai Tadbir. Boleh la dapat pengalaman kerja di hospital, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Bomba, dll.
5) Lain-lain
Selain yang dinyatakan di atas, anda mungkin boleh berkerja dengan pemaju hartanah (developer). Biasanya bagi pemaju-pemaju yang besar, mereka mempunyai penilai mereka sendiri untuk menasihati mereka berkenaan pelaburan harta tanah dan penilaian harta tanah. Selain itu, boleh juga dijadikan sebagai pengurus projek.
Kemajuan kerjaya
Anda boleh meningkatkan taraf pendidikan ke tingkat yang lebih tinggi dengan mengambil Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah. Untuk degree, Universiti Tun Hussien Onn dan Universiti Malaya juga ada course ni selain UTM dan UiTM.
Dengan ijazah ini, anda layak untuk menjawat jawatan Pegawai Penilaian W41 di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan juga majlis-majlis perbandaran/ bandaraya. Kalau minat nak kerja mengurus staf dan pejabat, boleh apply jadi Pegawai Tadbir Diplomatik M41 (PTD) .
Dengan ijazah ini juga, anda layak untuk menjadi Penilai Berdaftar (Registered Valuer) yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (LPPEH). Caranya adalah anda kena daftar dengan LPPEH sebagai penilai percubaan. Tempoh percubaan adalah selama 2 thn. Dalam tempoh ini anda perlu mengisi buku log yang dicatatkan kerja-kerja yang anda lakukan sepanjang tempoh tersebut. Dalam masa yang sama, anda juga perlu menyiapkan 2 task. Setelah cukup tempoh, anda perlu menghadiri temuduga yang merangkumi presentation 2 task tadi dan soalan-soalan lain yang merangkumi bidang penilaian, pengurusan harta, perejenan harta tanah serta perundangan dan percukaian. Temuduga ini akan mengambil masa selama 3 jam. Jika ada bidang yang tak lulus, kena repeat interview bidang itu sahaja.
Jika anda telah menjadi Penilai Berdaftar, automatik anda juga akan dapat lesen Pengurus Harta Berdaftar dan juga Ejen Harta Tanah Berdaftar. Orang cakap sign anda laku dan boleh buka company sendiri atau jadi share partner. Nanti check kat laman web LPPEH ni ye untuk tahu lebih lanjut tentang syarat-syarat, etika, fee dan sebagainya.
Profesional
Penilai merupakan pekerjaan profesional yang mana anda perlu ada kelulusan berkaitan sahaja untuk menjadi seorang Penilai.
Sebagaimana profession professional yang lain, Penilai juga dikawal oleh satu lembaga iaitu Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (BOVEA) yang ditubuhkan di bawah Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981.
Oleh yang demikian, walau sign dah laku pun, seorang penilai, pengurus harta dan ejen harta tanah still terikat dengan Akta Penilai ini dan perlu mematuhi segala kod etika dan peraturan yang telah ditetapkan. Fee yang boleh dikenakan juga perlu tertakluk kepada Akta ini.

- Fizik / Kimia / Bio / Sains Tambahan / Sains
- Bahasa Inggeris

Comments
Post a Comment