panduan memilih course

pemilihan course sangat penting kerana ianya melibatkan masa depan kita. kita perlu memilih course mengikut
  • minat
  • kemahiran
  • bidang 
  • peluang pekerjaan selepas tamat belajar
minat ni memang penting. minat dengan bidang perakaunan, banyak jalan untuk bidang tersebut. minat dengan kedoktoran, tak berapa tahu sangat sebab bukan aliran sains huhuhuhu. minat dengan crush, mohon tabah kalau crush tetiba dah ada partner. minat kawan, mohon cekal hati kalau tetiba kena friendzone.

kemahiran, kau sendiri kena tahu kau mahir dalam bidang apa. mampu bawa course apa. ni tentang diri kau sendiri, kau lebih kenal diri kau mcm mana, so tak boleh harap orang lain waima parents sendiri untuk sedar kau mahir bidang apa. kalau blur lagi, minta petunjuk Tuhan.

bidang, terlalu banyak weh. jangan sempitkan minda untuk nampak bidang kedoktoran, perakaunan, perguruan, perguaman, seni dan engnineering semata-mata. tak semestinya takda lagi bidang proffesional selain tadi tu. cuma kena pandai cari je. peluang pekerjaan tu pula atas usaha dan rezeki masing-masing juga. doa yang baik-baik, inshAllah dipermudahkan segala urusan.

semak dahulu bidang apa yang kau boleh mohon mengikut gred keputusan di sini bagi memudahkan urusan kau semasa mengisi borang upu. bukan setakat mudah, at least kau takkan membazir pilihan dalam upu untuk course yang dah tentu kena reject kalau kau mohon.

rupa web tu

catatkan bidang yang boleh dimohon pada kertas atau print je. rajin-rajinkan lah diri tu buat research tentang bidang-bidang tersebut. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan? uncle google ada kut, you never walk alone huhuuhuhu

kalau aku, aku copy maklumat-maklumat tersebut then save dlm ms word. lagi mudah kadang tu bila web tu dah sediakan maklumat yang aku nak dalam bentuk pdf. kalau aku terlebih semangat, aku print semua tu, masukkan dalam satu file yang senang aku nak tahu details bila-bila masa yang aku nak.

p/s dalam file aku, aku sediakan maklumat tentang course yang aku minat, flow dia macam mana, yuran pengajian, senarai ipt dan info tentang ipt tersebut. maklumat bantuan kewangan pun aku selitkan seperti senarai biasiswa, pinjaman PTPTN, PPBU dan juga KWSP (bagi tujuan pendidikan) .

boleh juga lawat blog ini .

Comments

Popular Posts